
~
buat seseorg yang bernama kekasih...permulaan yang menjadikan diri seakan di dahulukan dengan sebarang perkara..
.ibarat baju yang diulam bersama kasih dan sayang,
ditenun dengan janji dan setia,
dijahit dengan beratusan helai benang kerinduan...apabila siap, kelihatan begitu molek sehingga tidak mahu memandang yang lain...perasaan berbunga riang ibarat bunga2 yang indah tercoret di hamparan baju itu...kali pertama memakainya, ibarat mendapat satu perasaan yang
membuak keriangan ibarat alunan baju mengikut rentak angin yang meniup...begitu kuat sekali kasih yang disimpul antara dua hati yang baru mengenali dan memahami hati masing2..
setiap hari menemankan kata2 indah yang bisa menggugat segala lirik2 yang terkandung dalam bait2 lagu cinta.
~semakin hari semakin rapuh ulaman yang disulam pada baju,tenunan semakin melonggar dek kerana sentapan kata2 yang menyakitkan,terlerai benang2 dek kerana kerapuhan rasa sayang dan kasih mula di
curigai dan dicurangi...pudarnya warna pada baju dek kerana perasaan yang semakin menidakkan kehadiran
sang kekasih... baju yang dahulunya diagungkan umpama cinta yang xkan hlang di dunia semakin dinafikan kehadirannya...
~buat sang kekasih...jangan dilupa pada kasih yang penah di agung dahulu dek kerana nafsu perasaan yang sentiasa bertukar arah...igt lh pada yang menyayangi...igt lah pada yang mengasihani...igt lah pada yang setia...
buat sang kekasih...jangan mudah menjual perasaan,kasih dan sayang kerana sesungguhnya semua itu adalah sesuatu yang sangat mahal..
.jangan menjadikan cinta kita begitu murah dan senang untuk dimiliki.....